I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 17, 2010

Salam L.O.O.K akan mengadakan lawatan mesra ke Rumah Warga Emas Sri Kenangan, Serembang, N9.

Sebarang sumbangan dialu-alukan..

sila call su 019-6405966 atau shaza 0123078475

Tuesday, March 9, 2010

Salam Geng,

Dengarkan lagu klik pada link ni LO & HO duet feat ZIZI-DERITA MERINDU....

Any request for LO nyanyi the whole song????Let me know ASAP

HEHEHE

ada masalah nak download let me know ok


Welcome22

Seisi Suai Kenal with new L.O.O.K Members

yeahaaaaaaa..tak sabar nak g



Sesi pendaftaran


Barang2 derma..alhamdullilah

Penjaga Pusat Jagaan Nur Zaharah- En. Yahaya


Sebelum- Pemberian biskut dari saudara Tengku Mohis

Friday, March 5, 2010

Salam smua warga NEGARA L.O.O.K ha..ha.. dan pengunjung2 laman web ini, pada 27hb Feb 2010, Linda Onn Orange Klub telah mengadakan lawatan sambil beramal dan bersuka ria di Pusat Penjagaan Badan Amal Nur Zaharah,Bentong,Pahang..

Pada hari tu tepat jam 11.30pg rombongan kami telah memulakan perjalanan selama 45minit ke sana. Cuaca pada hari tersebut amat baik sekali..
Sesampainya rombongan kami disana kami telah disambut dengan tangan terbuka oleh warga rumah Badan Amal Nur Zaharah.

Setelah menurunkan barangan sumbangan dari penderma (terima kasih pada penderma2 yang bermurah hati), AJK dan Rombongan terasa lapar, kami membawa bekalan makanan untuk dimakan bersama2 warga Badan Amal dari Restoran My Mom's Chicken Rice -Citarasa Linda Onn-, seronok adik2 dan warga L.O.O.K menjamu selera selepas itu kami menunaikan Solat Zohor berjemaah.

Anak-anak ini diberi potongan rambut secara PERCUMA dari KiKi Salon Desa Pandan, terima kasih pada Kak Kiki and Team, gud job..gud job (ayat Shaza)..

Selepas makan dan solat kami pun mulakan acara sukaneka ahli2 L.O.O.K bersama anak-anak yatim, fun betul kami dan anak-anak yatim pada petang tu, walaupun cuaca agak panas, semuanya tidak menjadi halangan.. selesai sahaja acara sukaneka sebelum kami bertolak balik ke KL kami sempat singgah diasrama anak-anak yatim lelaki jaraknya lebih kurang 10min perjalanan dari Asrama Perempuan.. disana terdapat kebun sayur2an organik dan ternakan kambing yang mereka usahakan, tersentuh melihat kesungguhan mereka, tidak hanya mengharapkan bantuan dari orang ramai sahaja mereka juga berusaha untuk mendapatkan sumber pendapatan bagi meneruskan kehidupan seharian mereka.

Tepat jam 5.20ptg kami pun begerak pulang ke Kuala Lumpur membawa seribu kenangan indah dan pengalaman.

Bagi yang hendak terus menderma untuk Badan Amal ini bolehlah berbuat demikian, sila hubungi En Yahya ditalian 012-6271549/012-3002122.

Sekian dulu dari saya..

Yatie




 


Blogger Template By LawnyDesignz