I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 4, 2010

Salam semua,


Pada 29 Julai 2010..Pihak Committee LOOK telah menganjurkan satu aktiviti menonton wayang bersama Linda Onn. Almaklumlah kami dah lama tak berkumpul dek kesibukkan Linda Onn sendiri..


Alhamdullilah seramai 28 orang ahli LOOK termasuk yang lama berjaya kami kumpulkan untuk menonton wayang bersama Linda Onn..


Jalan cerita SALT mmg best sangat..Apatah lagi lakonan Angelina Jolie yang sebegitu mantap.


Selepas menonton filem, sebahagian daripada LOOKers berkumpul di Restoran Pelita bersama Linda Onn..Di sini kami makan, berbual, dan beramah mesra.


Kami harap LOOKers semua bergembira pada malam tersebut..


Yang lum join LOOK, jom la join..


Nantikan next aktiviti 15 Ogos 2010 Berbuka bersama LO


Tuesday, June 1, 2010


Jom Vromm..Vromm... redah hutan


yeh!yeh! dh sampai.. nk mandi



Panjat2 jgn x panjat.. no pain no gain


Ngk nie puteri2 dari kayangan turun bermandi manda..ha..ha..

Kita berkenalan dgn ahli2 LOOK yang first time joint. UpClose dgn LO


Dh sampai base semula..dh senja kena balik. Last skali LO beri
ucapan skit, TX LO lain kali kita g lagi k.

Sunday, May 30, 2010

*Semua video didalam blog ini adalah hak milik L.O.O.K. Sebarang muat turun adalah dilarang. Terima Kasih diatas kerjasama semua.


Waktu test ride ATV dikawasan Base je.. bg yang baru2 join, takut tertekan minyak lebih nnti melambung lak ATV masuk dlm gaung..



Mr Red baru belajar naik ATV tapi dh ride manual clucth.. classsszzz Nyah! Cuma lupa pki helmet.. hah..hah.. Tulah excited sgt!!



Sukan lasak memang menjadi kegemaran LO, bknya tayar 2 je dia merempit, tayar 4 pun jdk jugakk!!!




Adventure...



Perasan tak ATV LO lebih besar dari yang lain2, x aci2.. tapi ride ATV mmg best giler!!!

Saturday, May 8, 2010




Salam LOOKers,

Jom kita meriahkan L.O.O.K bowling tournament......next week...

Tuesday, April 13, 2010

Roy

yatie

Siti Yuszaida

Sharifah

Saturday, April 10, 2010

Salam LOOKers,


Alhamdullilah! Trip ke Rumah Sri Kenangan, Seremban bersama LOOKers tadi berjalan dengan lancar. Sayu hati tgk org2 tua yang tinggal di situ. Thanks ajk LOOK, thanks semua atas sokongan dan sumbangan. Waitfor LOOK's next activity ok!!!!


-LO-
Salam semua,

Syukur alhamdullilah perjalanan ke rumah Sri Kenangan Seremban berjalan dengan lancar. Insya allah kita akan upload gambar dan rumusan dalam masa terdekat nanti......

Thursday, April 8, 2010

Salam,

LOOKers kami mengalu-alukan sumbangan utk warga emas spt diapers, biskut, beras dan wang tunai..

utk keterangan lanjut sila hubungi shaza 012-3078475 and suriani 019-6405966

Friday, April 2, 2010

Wow!!! Best!! Fun!! Seronok yang amat sangat x dapat digambarkan..Melihatkan gambar2 yang di "snap" oleh Mr Red dari RED PHOTOGRAPHY , telah dapat menggambarkan betapa seronoknya kami semua..

Pada 21hb Mac 2010 yang lepas, kami LOOKers telah membuat aktiviti yang agak extreme dengan menaiki All Terrain Vehicle (ATV).

Kami berkumpul pada jam 3.00ptg dihadapan Zoo Negara, lebih kurang jam 3.30ptg kami konvoi beramai-ramai memasuki kampung Kemensah dimana terletaknya Adventure ATV Park yang diusahakan oleh saudara Mas Faizel.

Linda Onn selaku penaung Klub LOOK datang pada petang itu menaiki her new bby "motor spider" dengan gaya seperti sorang biker Pro..(bkn Perosak k) VROMMMMMMM!!!!!!!

Setelah kami diberi penerangan sedikit sebanyak tentang bagaimana ingin mengendalikan ATV. Kami pun terus memulakan perjalanan kami dari base ATV ke Air Terjun Kamisa. Perjalanan kami sangat lancar, tapi cuma ada seorang dua yang menunggang ATV macam kura-kura (he..he..) perjalanan kami lebih kurang 30min, sesampainya kami diAir Terjun Kamisa, semua ahli LOOK tidak melepaskan peluang bermandi-manda bersama-sama Linda Onn, lebih kurang 1jam lebih kami beseronok sakan bermandi-manda, begurau-senda,becerita ttg hal2 semasa tidak sedar jam telah pun menunjukkan pukul 7.00mlm.. kami pun bergegas pulang ke base, sebelum kami bertolak pulang dari Air Terjun Kamisa kami tdk melepaskan peluang mengambil gambar dan video untuk dijadikan kenang-kenangan...

Sesampainya kami dibase masing2 membersihkan diri terlebih dahulu sebelum kami menjamu selera dengan makanan yang telah dibawa oleh ajk2 Klub. Masing-masing perut dah "bekeroncong" mana tidaknya setelah berendam berjam-jam lamanya didalam air.Kami dijamu dengan Nasi,ayam cili padi,telur dadar,sayur kobis, fuhhh!! mmg best...gud job girls (Shaza,Sue n Kecu)

Sebelum kami beredar kami sempat mengambil gambar kenang-kenangan bersama Linda Onn.. Tx Sis!

We had a very good and hapenning time, tx to all LOOKers!! muah..muah..

Tungggguuuuu untuk next activity dari kami LOOKers..

Sekian

Yatie










PICTURE EDIT BY REDPHOTOGRAPHY....TQ BRO!!!!!!!!!http://redphotography1.blogspot.com/

Wednesday, March 17, 2010

Salam L.O.O.K akan mengadakan lawatan mesra ke Rumah Warga Emas Sri Kenangan, Serembang, N9.

Sebarang sumbangan dialu-alukan..

sila call su 019-6405966 atau shaza 0123078475

Tuesday, March 9, 2010

Salam Geng,

Dengarkan lagu klik pada link ni LO & HO duet feat ZIZI-DERITA MERINDU....

Any request for LO nyanyi the whole song????Let me know ASAP

HEHEHE

ada masalah nak download let me know ok


Welcome22

Seisi Suai Kenal with new L.O.O.K Members

yeahaaaaaaa..tak sabar nak g



Sesi pendaftaran


Barang2 derma..alhamdullilah

Penjaga Pusat Jagaan Nur Zaharah- En. Yahaya


Sebelum- Pemberian biskut dari saudara Tengku Mohis

Friday, March 5, 2010

Salam smua warga NEGARA L.O.O.K ha..ha.. dan pengunjung2 laman web ini, pada 27hb Feb 2010, Linda Onn Orange Klub telah mengadakan lawatan sambil beramal dan bersuka ria di Pusat Penjagaan Badan Amal Nur Zaharah,Bentong,Pahang..

Pada hari tu tepat jam 11.30pg rombongan kami telah memulakan perjalanan selama 45minit ke sana. Cuaca pada hari tersebut amat baik sekali..
Sesampainya rombongan kami disana kami telah disambut dengan tangan terbuka oleh warga rumah Badan Amal Nur Zaharah.

Setelah menurunkan barangan sumbangan dari penderma (terima kasih pada penderma2 yang bermurah hati), AJK dan Rombongan terasa lapar, kami membawa bekalan makanan untuk dimakan bersama2 warga Badan Amal dari Restoran My Mom's Chicken Rice -Citarasa Linda Onn-, seronok adik2 dan warga L.O.O.K menjamu selera selepas itu kami menunaikan Solat Zohor berjemaah.

Anak-anak ini diberi potongan rambut secara PERCUMA dari KiKi Salon Desa Pandan, terima kasih pada Kak Kiki and Team, gud job..gud job (ayat Shaza)..

Selepas makan dan solat kami pun mulakan acara sukaneka ahli2 L.O.O.K bersama anak-anak yatim, fun betul kami dan anak-anak yatim pada petang tu, walaupun cuaca agak panas, semuanya tidak menjadi halangan.. selesai sahaja acara sukaneka sebelum kami bertolak balik ke KL kami sempat singgah diasrama anak-anak yatim lelaki jaraknya lebih kurang 10min perjalanan dari Asrama Perempuan.. disana terdapat kebun sayur2an organik dan ternakan kambing yang mereka usahakan, tersentuh melihat kesungguhan mereka, tidak hanya mengharapkan bantuan dari orang ramai sahaja mereka juga berusaha untuk mendapatkan sumber pendapatan bagi meneruskan kehidupan seharian mereka.

Tepat jam 5.20ptg kami pun begerak pulang ke Kuala Lumpur membawa seribu kenangan indah dan pengalaman.

Bagi yang hendak terus menderma untuk Badan Amal ini bolehlah berbuat demikian, sila hubungi En Yahya ditalian 012-6271549/012-3002122.

Sekian dulu dari saya..

Yatie




Wednesday, February 24, 2010

Salam geng,

Setelah selesai aktiviti Dinner with LO, L.O.O.K telah mengadakan lawatan ke Pusat Penjagaan Nur Zaharah, Janda Baik..

Sedikit Info mengenai Pusat tersebut adalah

Pada petang 23/04/2007, satu kebakaran yang dipercayai berpunca dari litar pintas akibat panahan petir berikutan cuaca buruk telah melanda Rumah Kebajikan Nur Zaharah. Ini mengakibatkan seluruh kediaman mereka musnah sama sekali. Kebakaran dilaporkan bermula dari sebuah bilik, di mana para penghuni pada masa itu sedang menikmati juadah makan malam. Rumah kebajikan ini adalah di bawah naungan YBhg Dato’ Nik Mahmud dan isterinya YBhg Datin Norjan.

Pasukan FFRS Elektrisola yang pertama tiba di lokasi kebakaran tetapi malangnya kereta bomba tidak dapat masuk hingga ke rumah tersebut kerana jambatan yang sempit. Mereka terpaksa menggunakan pam mudah-alih untuk memadam api tersebut. Malangnya api merebak dengan begitu pantas dan memusnahkan segalanya dalam masa kurang dari 10 minit. Walaupun tinggal sehelai sepinggang, namun kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Penghuni-penghuni rumah tersebut yang berjumlah 16 orang berumur di dalam lingkungan 8 bulan ke 16 tahun, bersama beberapa orang pekerja yang menguruskan rumah tersebut ditempatkan di penempatan sementara kepunyaan Puan Ainon Mohamad di Janda Baik.

Lawatan ini akan diadakan pada 27hb Februari 2010 dengan menaiki bus. Semua peserta akan berkumpul di My Asam Pedas Shops pada pukul 11.00 pagi..Bayaran yang dikenakan adalah RM 20 utk tabung dan tambang bus..

SO SEE YOU GUYS!!
Hawaiian Dance, yeahhhhh

Say 'PEACE'

Apa macam kak Lon, Ok tak?

Jemput makan semua!!

Nurul Iknee



Peminat Cilik LO, Niya n Chacha

Bersantai ek Nurul n Huda

Marilah mandi dik


Aishah n Kak Lon

Tahniah!Dapat g ATV, Thanks to Mr Mas Faizal


Sebelum bersurai kita gambar dulu.....


MC terbaek..Yatie, our Presiden

Peminat Setia Linda Onn, Kak Sharifah n Girls


Nurul Iknee n Huda


Bersantai

Linda wif her sister, Intan Onn

Makan time


Ketibaan para tetamu

Yatie wif kak Sharifah

Committee pun kena makan..hehehe

Susahnya nak buka kepah niii...hehe

Linda pun hula hoop

Linda pun nak bakar ayam n jagung..
 


Blogger Template By LawnyDesignz