I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 24, 2010

Salam geng,

Setelah selesai aktiviti Dinner with LO, L.O.O.K telah mengadakan lawatan ke Pusat Penjagaan Nur Zaharah, Janda Baik..

Sedikit Info mengenai Pusat tersebut adalah

Pada petang 23/04/2007, satu kebakaran yang dipercayai berpunca dari litar pintas akibat panahan petir berikutan cuaca buruk telah melanda Rumah Kebajikan Nur Zaharah. Ini mengakibatkan seluruh kediaman mereka musnah sama sekali. Kebakaran dilaporkan bermula dari sebuah bilik, di mana para penghuni pada masa itu sedang menikmati juadah makan malam. Rumah kebajikan ini adalah di bawah naungan YBhg Dato’ Nik Mahmud dan isterinya YBhg Datin Norjan.

Pasukan FFRS Elektrisola yang pertama tiba di lokasi kebakaran tetapi malangnya kereta bomba tidak dapat masuk hingga ke rumah tersebut kerana jambatan yang sempit. Mereka terpaksa menggunakan pam mudah-alih untuk memadam api tersebut. Malangnya api merebak dengan begitu pantas dan memusnahkan segalanya dalam masa kurang dari 10 minit. Walaupun tinggal sehelai sepinggang, namun kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Penghuni-penghuni rumah tersebut yang berjumlah 16 orang berumur di dalam lingkungan 8 bulan ke 16 tahun, bersama beberapa orang pekerja yang menguruskan rumah tersebut ditempatkan di penempatan sementara kepunyaan Puan Ainon Mohamad di Janda Baik.

Lawatan ini akan diadakan pada 27hb Februari 2010 dengan menaiki bus. Semua peserta akan berkumpul di My Asam Pedas Shops pada pukul 11.00 pagi..Bayaran yang dikenakan adalah RM 20 utk tabung dan tambang bus..

SO SEE YOU GUYS!!

0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz